Memberi respons pada saat genting
  • Menyokong mangsa yang terselamat daripada gempa bumi

    Lebih daripada 4,800 orang dari Türkiye dan Syria menerima penginapan sementara percuma.

Misi Airbnb.org adalah untuk memanfaatkan kelebihan perkongsian ruang, sumber dan sokongan pada saat memerlukan.

Kami telah menyediakan lebih daripada 1.4 juta malam penginapan kecemasan percuma kepada lebih daripada 220,000 orang sejak penubuhan kami pada tahun 2020.

Temui komuniti kami

Hos dan tetamu Airbnb.org adalah teras misi kami.

Dengan bantuan komuniti global hos, penderma dan organisasi rakan kongsi kami, Airbnb.org dapat menghubungkan lebih daripada 140,000 orang dengan perumahan sementara.

Bagaimana Carmen dan komunitinya bersatu selepas Taufan Maria.

Kami memberi cara kepada masyarakat untuk bersatu apabila bencana melanda. Melalui program Airbnb.org, orang ramai boleh menawarkan kediaman mereka secara percuma kepada jiran yang perlu dipindahkan.

Airbnb.org telah membantu lebih daripada 135,000 orang yang melarikan diri daripada perang mencari tempat penginapan.

Komuniti boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih sepenuhnya dari bencana besar. Airbnb.org membantu membiayai penginapan bagi pekerja bantuan yang melakukan kerja kritikal untuk membina semula komuniti.

Mencipta dunia yang berpaksikan semangat kekitaan

Airbnb.org membayangkan dunia yang membolehkan sesiapa sahaja mencari tempat penginapan yang selesa apabila berlaku krisis. Bagi merealisasikan visi ini untuk semua, Airbnb.org telah mencipta satu set komitmen mengenai kepelbagaian, kesaksamaan, penerimaan dan kemudahan akses.

Kami membantu organisasi bukan untung lain untuk memberikan kesan yang berpanjangan.

Temui beberapa rakan kongsi yang telah membantu membentuk Airbnb.org.
IRC memberi bantuan dalam krisis kemanusiaan terburuk dunia, dan membantu orang yang kehidupan dan punca pendapatan mereka terjejas akibat konflik dan bencana untuk terus hidup, pulih, dan dapat menentukan semula masa depan mereka.
Build Change adalah organisasi pencegahan dan pemulihan bencana yang merancang penyelesaian penginapan yang berdaya tahan dengan komuniti tempatan.
HIAS adalah organisasi bukan untung Yahudi global yang memberikan perlindungan dan bantuan kepada pelarian, pencari suaka, dan penduduk lain yang kehilangan tempat tinggal secara paksa dari seluruh dunia.
Community Sponsorship Hub mewujudkan peluang kepada masyarakat di seluruh Amerika Syarikat untuk mengalu-alukan pelarian dan orang tersingkir yang lain.